Friday, 8 July 2011

Resepi Gado-Gado


Ingredients

Bahan untuk Gado-Gado
1) Kacang panjang - dipotong kasar (5 batang)
2) Kobis (sedikit)
3) Sawi (3 batang)
4) Tauhu (2 keping)
5) Tempe (1/2 keping)
6) Kentang (1 biji)
7) Telur rebus (1 biji)


Bahan untuk Kuah
1) Kacang tanah (100g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Cili padi (2 biji)
5) Cili (2 biji)
6) Santan (1 cawan)
7) Gula merah (1 cawan)
8) Garam (sedikit)
Directions

Gado-Gado

Cara membuatnya, Didihkan 3 cawan air dan celur kacang panjang hingga lembut. Kemudian, lakukan proses yang sama untuk sawi dan kobis.

Setelah itu, potong nipis tauhu, tempe dan juga kentang.

Panaskan minyak dan goreng tempe. Balik-balikkan supaya masak rata. Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.

Seterusnya goreng pula kentang. Lakukan proses yang sama juga untuk tauhu. Kemudian, goreng juga telur rebus. Selepas itu, sediakan kuahnya pula.
Kuah

Panaskan minyak dan goreng kacang tanah hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk sedikit dan goreng pula cili padi, cili, bawang merah dan bawang putih. Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumbuk kacang tanah hingga hancur dan gaul bersama 1 cawan air supaya tidak berketul

Kemudian, tumbuk pula cili padi, cili, bawang merah serta bawang putih yang digoreng tadi hingga hancur.

Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan-bahan tersebut hingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan santan dan kacau hingga sebati.

Apabila mendidih, masukkan kacang tanah tadi, diikuti dengan gula merah. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan mendidih. Gado-gado sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

TryMasak - Resipi Pancake

Sedap must Try ....
Ingredients

1) Tepung gandum (1 cawan)
2) Susu cair suam (3/4 cawan)
3) Pisang dihiris nipis (1 biji)
4) Telur (2 biji)
5) Serbuk penaik (1 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)
7) Mentega ( pastikan tidak keras) (1 sudu besar)
Directions

Kisar semua bahan (kecuali pisang) hingga sebati.

Goreng adunan menggunakan api kecil dan tanpa minyak. (Guna kuali yang tidak melekat agar pancake cantik terbentuk)

Terbalikkan pancake apabila lapisan bawah bertukar warna. Kemudian angkat.

Boleh juga ditambahkan pisang ketika pancake masih cair.

Hidang pancake bersama madu dan mentega,aiskrim atau pengat Durian emmm sedap tak terkata...

Thursday, 23 June 2011

Masa depan

Emm...usia ku dah nak menjangkau 35 tahun....
Bila tengok kawan2 tambah anak seronok dengar....ramai juga bertanya soalan itu padaku...Tapi aku senyum ajer tak tahu nak cakap aper....Buat masa ni cukuplah 2 Putera ku merekalah penyeri ku.....
Ari ni aku cuti semua urusan rumahtangga dah selesai sekarang menunggu anakku pulang dari sekolah....
Duduk umah seronok juga tapi bila fikir aku juga harus membantu keluarga niat tu aku tolak tepi....Buat masa ni aku masih boleh membahagi masa kerja dan rumahtangga...Masa berlalu begitu pantas....Bila anak sulungku menjangkau usia 17 dan yang Bongsu 16 aku ketika itu berusia 40 tahun dan suamiku 50 tahun...
Perancangan aku ,aku nak duduk kat area Shah Alam ....Aku suka suasana kampung....Kalau duduk kat sana aku boleh isi masa tua ku dengan bercucuk tanam dan juga menanam bunga...sekarangpun walaupun aku duduk kat umah Flat ajer aku masih ada masa menanam bunga sbb aku suka tengok bunga yang aku tanam hidup subur dan berbunga berwarna warni tenang rasa...Sebut pasal bunga mengingatkan aku ???kerana bunga juga aku terluka,menghilangkan dan menjauhkan diriku dari dia..tapi itu kisah lama yang tak boleh diundurkan kembali....
Mawar merah dan putih adalah bunga kesukaan ku.....


Masa ni aku kena bersabar...InsyaAllah aper yang aku harap tercapai...
Dulu masa baru kahwin teringat hidup masa tu ala kadar ajer...
Masa aku mengandung anak pertama aku gi dan balik kerja naik bas ajer memandangkan dulu suamiku bekerja ditempat lain...Bayangkanlah masa dulu naik bus 2 Trip nak ke PJ..bersesak2 dgn perut ku memboyong kedepan ....Sedih juga tapi aku sabar .....Berkat kesabaran dan rezeki anak alhamdulilah aku bersyukur sekarang.....

Friday, 17 June 2011

My Hair !!!


Emm Nak buat style Rambut macam ni ...Dah survey kat PJ...Tgklah end of this month ....

Thursday, 28 April 2011

15 Tahun ....

December 2010 genap 15 Tahun aku berkhidmat di NIELSEN .....
13 December 1995 merupakan hari pertama aku bekerja dan ari pertama aku memakai tudung ....
Masa tu aku tiada pilihan lain terpaksa bekerja sbb aku baru berhenti bekerja di sebuah syarikat Perumahan di Jalan Attap...Aku berhenti begitu ajer tanpa notis atas sebab tertentu.....aku nekat berhenti walaupun tanpa Gaji ..... Sebelum tu dalam tahun yang sama 1995 aku bekerja di Star.....

Wednesday, 27 April 2011

Cepat masa berlalu kini anak sulungku sudah menjangkau usia 12 Tahun...Aku dapat perhatikan semakin hari banyak perubahan berlaku.... Sekarang Aqil dah pandai pakai perfumed emm!!!Aku sebagai Ibu hanya melihat ragamnya yang meningkat remaja seperti jua diriku suatu masa dulu....Aqil lebih berdikari berbanding adiknyer...
Arif terlalu manja denganku...kerana mungkin disebabkan Arif paling lama menyusu badan berbanding abangnyer....Aku masih ingat betapa susah aku memisahkan dari susuan...Selama hampir 3 tahun baru Arif dapat bercerai susu badan....Bemacam ragamnyer Merajuk,menangis kalau tak dapat nenen ...Kini Arif tetap manja berbanding abangnyer....
Bagaimanakah Bila mereka dewasa Kelak ???...Hanya doa ku sebagai Ibu agar mereka menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat .....

Monday, 18 April 2011

Resepi Tau Fu Fa

BAHAGIAN A - 150g kacang soya kering
1000ml air

BAHAGIAN B - 1/2 sudu kecil gdl powder (atau dikenali juga sbg seko)
100ml air masak

BAHAGIAN C - 1/2 sudu besar tepung jagung
100ml air

CARA-CARA MEMBUAT:-

1. Rendam kacang soya selama 4 jam. Tukar airnya dan rendam
lagi 4 jam
2. Tos dan blender menggunakan 1000ml air. Tapis dan tuangkan
ke dalam periuk. Perah baki hampas kacang soya hingga kering.
Pastikan air soya yang terhasil sama dengan 1000ml (kalau
tak cukup tambah air).
3. Masak air kacang soya sehingga menggelegak dan tuang
bancuhan bahan C. Gelegakkan kembali.
4. Sediakan bahan B di dalam bekas (masukkan gdl powder dalam
air masak sampai larut)
5. Tuangkan perlahan-lahan air soya yang telah menggelegak tadi
ke dalam bekas yang mengandungi bahan B. Pastikan air soya
dituang dibahagian tengah bekas utk mempercepatkan proses
pembekuan.
6. Tutup periuk dan jgn dialihkan bekas tadi sehingga ia beku (lebih
kurang setengah jam).