Friday, 8 July 2011
Resepi Gado-Gado
Ingredients
Bahan untuk Gado-Gado
1) Kacang panjang - dipotong kasar (5 batang)
2) Kobis (sedikit)
3) Sawi (3 batang)
4) Tauhu (2 keping)
5) Tempe (1/2 keping)
6) Kentang (1 biji)
7) Telur rebus (1 biji)
Bahan untuk Kuah
1) Kacang tanah (100g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Cili padi (2 biji)
5) Cili (2 biji)
6) Santan (1 cawan)
7) Gula merah (1 cawan)
8) Garam (sedikit)
Directions
Gado-Gado
Cara membuatnya, Didihkan 3 cawan air dan celur kacang panjang hingga lembut. Kemudian, lakukan proses yang sama untuk sawi dan kobis.
Setelah itu, potong nipis tauhu, tempe dan juga kentang.
Panaskan minyak dan goreng tempe. Balik-balikkan supaya masak rata. Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
Seterusnya goreng pula kentang. Lakukan proses yang sama juga untuk tauhu. Kemudian, goreng juga telur rebus. Selepas itu, sediakan kuahnya pula.
Kuah
Panaskan minyak dan goreng kacang tanah hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk sedikit dan goreng pula cili padi, cili, bawang merah dan bawang putih. Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.
Setelah itu, tumbuk kacang tanah hingga hancur dan gaul bersama 1 cawan air supaya tidak berketul
Kemudian, tumbuk pula cili padi, cili, bawang merah serta bawang putih yang digoreng tadi hingga hancur.
Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan-bahan tersebut hingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Apabila mendidih, masukkan kacang tanah tadi, diikuti dengan gula merah. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan mendidih. Gado-gado sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment