Thursday 28 April 2011

15 Tahun ....

December 2010 genap 15 Tahun aku berkhidmat di NIELSEN .....
13 December 1995 merupakan hari pertama aku bekerja dan ari pertama aku memakai tudung ....
Masa tu aku tiada pilihan lain terpaksa bekerja sbb aku baru berhenti bekerja di sebuah syarikat Perumahan di Jalan Attap...Aku berhenti begitu ajer tanpa notis atas sebab tertentu.....aku nekat berhenti walaupun tanpa Gaji ..... Sebelum tu dalam tahun yang sama 1995 aku bekerja di Star.....

Wednesday 27 April 2011

Cepat masa berlalu kini anak sulungku sudah menjangkau usia 12 Tahun...Aku dapat perhatikan semakin hari banyak perubahan berlaku.... Sekarang Aqil dah pandai pakai perfumed emm!!!Aku sebagai Ibu hanya melihat ragamnya yang meningkat remaja seperti jua diriku suatu masa dulu....Aqil lebih berdikari berbanding adiknyer...
Arif terlalu manja denganku...kerana mungkin disebabkan Arif paling lama menyusu badan berbanding abangnyer....Aku masih ingat betapa susah aku memisahkan dari susuan...Selama hampir 3 tahun baru Arif dapat bercerai susu badan....Bemacam ragamnyer Merajuk,menangis kalau tak dapat nenen ...Kini Arif tetap manja berbanding abangnyer....
Bagaimanakah Bila mereka dewasa Kelak ???...Hanya doa ku sebagai Ibu agar mereka menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat .....

Monday 18 April 2011

Resepi Tau Fu Fa

BAHAGIAN A - 150g kacang soya kering
1000ml air

BAHAGIAN B - 1/2 sudu kecil gdl powder (atau dikenali juga sbg seko)
100ml air masak

BAHAGIAN C - 1/2 sudu besar tepung jagung
100ml air

CARA-CARA MEMBUAT:-

1. Rendam kacang soya selama 4 jam. Tukar airnya dan rendam
lagi 4 jam
2. Tos dan blender menggunakan 1000ml air. Tapis dan tuangkan
ke dalam periuk. Perah baki hampas kacang soya hingga kering.
Pastikan air soya yang terhasil sama dengan 1000ml (kalau
tak cukup tambah air).
3. Masak air kacang soya sehingga menggelegak dan tuang
bancuhan bahan C. Gelegakkan kembali.
4. Sediakan bahan B di dalam bekas (masukkan gdl powder dalam
air masak sampai larut)
5. Tuangkan perlahan-lahan air soya yang telah menggelegak tadi
ke dalam bekas yang mengandungi bahan B. Pastikan air soya
dituang dibahagian tengah bekas utk mempercepatkan proses
pembekuan.
6. Tutup periuk dan jgn dialihkan bekas tadi sehingga ia beku (lebih
kurang setengah jam).