Monday 11 June 2012

Planning

Hari Ni cuti ...So Plan aku ari ni nak buat list dan rangka kerja Deko Rumah hehee ...Sekejap masa berlalu bulan depan dah puasa ....Tahun Ni aku tukar langsir memandangkan dah berapa tahun tak berganti dah tempah pung hehee Langsir pun simple ajer plain colour warna aku beli coklat classic....Barang2 deko rumah aku tak suka beli sekali arung aku suka survey dulu sesuai dgn citarasa baru beli aku suka yang simple tapi cantik ....Aku nak tukar cat kepada coklat pekat picturewall dan kuning cair untuk keseluruhan tapi kena gi kedai cat dulu aku nak beli colour Mixed....Bilik perancangan aku nak colour hijau tgk macammana nanti .... Bab Cat mengecat aku serahkan pada suami aku ...Bab susur atur dan pemilihan biar aku yang pening fikirkan hehee.. Bunga wajip Beli tapi jangan keterlaluan nanti macam hutan rimba pulak hehee.... Bunga lama masih elok lagi cuma aku nak tambah sepasu bunga hehe ni nak beli bunga rose warna kuning tengoklah hujung bulan ni nak gi Kl kat mana lagi jalan Tar ler....Kalau kak Dila tak nak gi terpaksalah ajak suami teman huhuhu....Dalam perbelanjaan kena bijak dan jangan luper simpanan untuk ari tua maklumlah pencen tak ada kerja pun kat swasta ...Tapi alhamdulilah aku ada rumah sewa tu kira duit pencen akuler nanti ...penyewa yang baru ni pun alhamdulilah walaupun pun lewat sikit bankin tapi tak pernah miss bayar...Okalah sampai disini ajer ....Nak masak dah menu ari ni daging black paper .....

Wednesday 16 May 2012

Town Hall ...

Jumaat Ni ke Menara PKNS ada Town Hall dgn Joan Hr Singapore ... Nasib Lepas tu bagi perlepasan halfday ... dlm Kul 12 chow bestnyer dapat balik awal ......Annual Leave aku pun banyak lagi ni tak ambil ada 18 1/2 lagi aduii aii camno ni nak abiskan ......Masalah setiap Isnin tak kira Public Holiday ker ,ribut taufan ker aku kena kerja hantar report kat client... Rabu ,Khamis dan Jumaat padat dgn Retailer Pulak .belum dengan Query dari Client,IMDB dari Bos2 jenuh nak menjawap ....Kaji selidik baru beri jawapan munasabah ....Nasib Bos aku ni Lelaki tak cerewet sbb team lain Bos perempuan Pergggg pantang salah sikit melenting cepat kadang orang tak tahu jadi tahu ..... Bos mana tak marah kalau salah buat kerja tapi atleast dia tak pernah meningking just tegur macam tu ajer slow motion sikit bos aku ni ......Berbalik kes datang kerja waktu Ph Paling takut datang seorang2 kat office time anak aku cuti bolehler teman ... akunikan penakut .... ari tu tgk cerita LEGION kat Max Cinemax maklumlah ari tu astro bagi free semua rancangan aku masa tu aku dan anak ku masing2 concentrate tgk movie tu aku tiba2 menjerit terkejut AAAAAAAAAAAAAA samapi suamiku keluar dari bilik ..aduii aii ingatkan aper tadi ..anakku ketawakan aku aperlah ibu ni itupun takut ... mana tak takut tiba hantu tu melompat dari siling ke bawah ....mmg puas ari tu tgk rancangan HBO dan Max Cinemax tu tapi malas nak langgan rasa membazir hehee .... bukan aper taknak anakku leka ....bila dah lepas sekolah nak langgan aper langganlah ......

Friday 16 March 2012

Lama tak Update .. Terlalu Busy dengan tugasan Office Dan Rumahtangga .... Sambil menaip ni sambil perhatikan dua anak terunaku buat ulangkaji pelajaran ... ...Dulu masa disekolah aku minat sekali subject Sains ,Geografi ,ArT & perdagangan...mata pelajaran yang paling aku tidak suka adalah Sejarah ...Entah boring sangat sbb cikgu yang mengajarnyer selalu membuat aku mengantuk ZZZZ ... Alhamdulilah aku dikurniakan anak yang mendengar kata .... Anakku sepertiku juga suka duduk dirumah ..... Mereka juga ada masanyer ringan tulang membantu aku di rumah...Arif anak paling manja denganku...Walaupun anak ku lelaki aku suka dedahkan mereka dgn isu wanita....

Wednesday 11 January 2012

Kenapa Yahudi Bijak

Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang ‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juda dapat perhatikan hampir 70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH. Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu mengusai perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar telah di unjurkan dan di laksanakan. Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama. Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi. Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary). Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang member sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah. Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama. Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon. Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk? Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian. Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan. Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan. Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana. Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah, guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat. Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka. Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan saya seterusnya. Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan? Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang. Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok. Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain. Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

Tuesday 3 January 2012

Hari ni mula persekolah .... aku seperti ibu bapa yang lain sibuk membuat persiapan..Anak pertama ku telah melangkah ke alam persekolah Menengah .... Bermacam ragam.... Time sekolah ni aku kena bangun awal dari biasa.... 6.45 mesti bergerak dari rumah .... Dugaan pagi apabila nak mengejutkan anak2ku teringat pula gelagat aku semasa kecil dulu lebih kurang sama hehee....

Friday 4 November 2011

Pitam ...

Ari Rabu dan Khamis sakit kepala.... Malam tu berpinar2 rasa nak pitam dan muntah... pagi tu Kak Dell bagi makan ubat dan suruh gi Klinik Thanks Kak Dell..Aduii nak jumpa DOKTOR!!! aku suka bertahan tapi tulah tak elokkan....Ari ni dah ok sikit ....Weekly data dah Finale lega rasanyer....Isnin kena datang office buat price check so aku bawa anak bongsu aku temankanlah kononnyer HERO akuler hehe....tak berani datang seorang sejak peristiwa tu aku ni mmg penakut orangnyer...Pagi tadi Yin Mei dah komm aku tanya pasal Monday report aduii aii layan ajerlah ...
Ahad ni Raya Haji... Baru call mak aku dia tengah anyam ketupat pastu aku gurau transfer ketupat tu kat block 5 hehee.... Esok sure mak aku sibuk masak juadah Raya bestnyer sure LONTONG ada emm nym222.....Tak leh makan byk kena jaga kesihatan...

Monday 3 October 2011

agenda .... terbantut


Ingatkan Hari Minggu nak buat puting seperti gambar sebelah ni tapi tak kesampaian coz nak gi Cheras Kemas umah ada penyewa baru nak Sewa urgent Hari Ahad juga nak masuk...
Sibuk bersihkan dan gantikan aper yang perlu...Pagi Sabtu cari tikar getah dan Cat kat Old Town. Lepas beli bergegas gi Cheras....Cat dan pasang tikar ....Sbb penyewa tu tak sabar nak masuk aku pulak busy tak ada masa nak ke Cheras hehe budak tu sampai berapa kali sms dan call aku risau sangat aku tak bagi dia sewa.... Ahad tu juga around 5 penyewa tu dah sampai so dia pun puas hati dgn keadaan umah tu...Deposit sebulan dan sewa bulan pertama dia bayar ari tu juga..So harap dia bayar on time..Penatnyer sampai kaki pun sakit sampai ari ni...
2 hari berturut settlekan semua...Penat punyer pasal balik luper nak off lampu kereta.....Pagi tadi start kereta tak boleh emm... Alamat kena ganti bateri keretalah...Jam dah 7.15 dah lewat dah nak hantar anak lagi so terpaksalah pinjam kereta Mak .....Nasib Mak dan abah ada dekat dgn rumah ....
Minggu depan busy pulak finale dan Sabtu ada kenduri Kahwin saudara belah husband Ibu mertua dan adik beradik husband datang.Tapi aku tak dapat join coz Sabtu dan Ahad ni 9 October Finale Monthly Data ... Dah inform husband awal2 karang merajuk susah nak pujuk hehee... asyikk terbantut nak buat puding ni.... Tapi aku tetap akan buat .... Kat bawah ni adalah resepinyer kalau kawan2 nak cuba sila salin resepi ni yer.....Selamat mencuba ....

Puding Triffle Strawberry




resepinye:
1 buku kek gulung
1 tin susu cair
7 sudu besar gula-nk manis lg ltk la byk lg
4 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn 1/2 gelas air)
1 tin fruit coktail
1 kotak jelly nona (perisa strawberry) nk perisa lain pn bole-ikut suka



cara2 :
potong kek gulung..susun penuh dlm bekas dan mampat
(seeloknye bekas jernih/kaca..kalau nak hidang utk tetamu..biar cantek!)

pastu masak susu cair, 1 tin air, gula sampai mendidih..
then masukkan bancuhan tepung kastard..kacau lagi sampai agak2 pekat...

curahkan dalam bekas jernih/kaca yg dh ltk kek td...

pastu masak jelly ikut arahan kt blkang kotak

kemudian curahkan atas adunan kastard...
taburkan buah2an dalam tin.. sejukkan..


utk hiasan bg cantik-tk letak pn tkpe
whipped cream
sedikit buah strawberry