Friday 22 July 2011

Arabica ....

Lagu Ni aku suka sangat masa tu tak silap tahun 2000 ..
Beli Cd tapi tak tahu mana mungkin kat Puncak Alm kena cari ni...
Minat masa tu kat penyanyi nyer Janggut tu yang mahal hehe...
Waktu tu suka dengar lagu arabica ....





2 lagi lagu ni pun dimuatkan dlm satu clip video yang aku beli tu....







Tuesday 19 July 2011

Ramadan Hampir Tiba ...

Beberapa Minggu lagi umat Islam akan mula berpuasa. Sebulan kemudian akan menyambut hari raya. Tahun ini 1 Ramadan 1432....



Tahun Ni persiapan sederhana ajer .....
Kuih Raya tahun ni macam biasa buat dengan Kak Dell...
Emm tak tahu nak buat Cookies aper???Mungkin buat yang simple tapi sedap....


bila kita sedang berpuasa
tahan lapar serta dahaga
kawal mata kawal telinga
kawal lidah dalam berkata

bila kita menyambut raya
hati riang berbunga-bunga
makan minum ada tersedia
syukur pada Yang Maha Esa








Pada sahabat selamat menyambut Ramadan InsyaAllah ....

Semurni Kasihmu Sesuci Kasihku

Ayah Dan Ibu - Sudirman





Kerja sentiasa padat .... Balik dari Office Mak Call....Inform buat pengat DURIAN ...aduii sedapnyer ... Mak tahu favourite aku tu.... tapi mak tak buat lempeng hanya buat Pulut cicah dengan pengat Alhamdulilah ...Syukur pada Allah kerana memberi kesihatan pada kedua ibu bapaku....Tak terbalas jasa mereka kepadaku dari kecil hinggalah aku dah menjadi Ibu. Mak dan Abah tak putus ambil berat terhadapku .... Walaupun Abah garang dan tegas orangnyer tapi ku tahu dia amat menyanyangi ku ..... Terima Kasih Mak dan Abah menjaga dan mendidik aku dan sekarang pada anakku juga dicurahkan kasih dan pengorbanan ...Dikesempatan ni aku berdoa agar dimurahkan rezeki dan kesihatan pada mereka Amin .....Mai sayang Abah dan Mak ... Siti Zaharah & Hashim ....

Friday 15 July 2011

Sunsilk....

Lepas mandi tadi nak pakai SUnsilk Leave-On Conditioner picit punyer picit aduii dah habis ni mesti kerja Aqil .... Abis Leave on Ibu uwah222 padahal baru beli ... Emm mana tak habis nak gi sekolah dan gi tuisyen disambarnyer padahal minyak rambut Aqil masih ada lagi .... Maklumlah wangi so Aqil syok pakai Sunsilk LOC ibunyer padahal tu set wanita aduiii aiiii....



Friday 8 July 2011

Puri Plus Sardine


Petang Ni nak masak Puri ..... Boleh cicah dengan kuah sardine Nyam-nyam
Kawan2 nak cuba ni resepinyer ...

Ingredients
1) Tepung Gandum (1/2 kg)
2) Mentega (1 cawan)
3) Air (1 cawan)
4) Garam (sedikit)
Directions

Campurkan semua bahan. Uli hingga menjadi doh.

Biarkan seketika lebih kurang 10 minit.

Bulatkan doh sebesar bola golf. Canai nipis doh.

Panaskan minyak dan goreng roti puri hingga garing.

Resepi Gado-Gado


Ingredients

Bahan untuk Gado-Gado
1) Kacang panjang - dipotong kasar (5 batang)
2) Kobis (sedikit)
3) Sawi (3 batang)
4) Tauhu (2 keping)
5) Tempe (1/2 keping)
6) Kentang (1 biji)
7) Telur rebus (1 biji)


Bahan untuk Kuah
1) Kacang tanah (100g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Bawang putih (1 ulas)
4) Cili padi (2 biji)
5) Cili (2 biji)
6) Santan (1 cawan)
7) Gula merah (1 cawan)
8) Garam (sedikit)
Directions

Gado-Gado

Cara membuatnya, Didihkan 3 cawan air dan celur kacang panjang hingga lembut. Kemudian, lakukan proses yang sama untuk sawi dan kobis.

Setelah itu, potong nipis tauhu, tempe dan juga kentang.

Panaskan minyak dan goreng tempe. Balik-balikkan supaya masak rata. Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.

Seterusnya goreng pula kentang. Lakukan proses yang sama juga untuk tauhu. Kemudian, goreng juga telur rebus. Selepas itu, sediakan kuahnya pula.
Kuah

Panaskan minyak dan goreng kacang tanah hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk sedikit dan goreng pula cili padi, cili, bawang merah dan bawang putih. Apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.

Setelah itu, tumbuk kacang tanah hingga hancur dan gaul bersama 1 cawan air supaya tidak berketul

Kemudian, tumbuk pula cili padi, cili, bawang merah serta bawang putih yang digoreng tadi hingga hancur.

Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan-bahan tersebut hingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan santan dan kacau hingga sebati.

Apabila mendidih, masukkan kacang tanah tadi, diikuti dengan gula merah. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan mendidih. Gado-gado sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

TryMasak - Resipi Pancake

Sedap must Try ....
Ingredients

1) Tepung gandum (1 cawan)
2) Susu cair suam (3/4 cawan)
3) Pisang dihiris nipis (1 biji)
4) Telur (2 biji)
5) Serbuk penaik (1 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)
7) Mentega ( pastikan tidak keras) (1 sudu besar)
Directions

Kisar semua bahan (kecuali pisang) hingga sebati.

Goreng adunan menggunakan api kecil dan tanpa minyak. (Guna kuali yang tidak melekat agar pancake cantik terbentuk)

Terbalikkan pancake apabila lapisan bawah bertukar warna. Kemudian angkat.

Boleh juga ditambahkan pisang ketika pancake masih cair.

Hidang pancake bersama madu dan mentega,aiskrim atau pengat Durian emmm sedap tak terkata...