Thursday 3 March 2011

MeNgaji

Semasa Sekolah Rendah aku belajar mengaji dirumah Ustaz yang Mesra di panggil Along Dollah. Biasa waktu petang aku kakak,Nizam Dan Faisal akan pergi bersama-sama.Memandangkan Kami tinggal berdekatan.


Di tempat mengaji aku dikira murid kesayangan Ustaz heehee tak tahu kenapa? Tapi Along Dollah suka menyakat aku.Seperti biasa ramai anak murid yer akan mengaji bersama-sama dibarisan Kiri murid Perempuan dan di sebelah kanan Murid Lelaki.Kami akan mengikut giliran siapa dulu sampai dialah akan duduk didepan.


Nak dijadikan cerita tiba giliran aku mengaji.Dengan penuh perasaan aku pun mengajilah.Berulang-ulang surah yang sama ku baca tapi Along Dollah tidak menghiraukan aku.Dia pula memanggil Murid lain yang duduk dibelakangku bergilir-gilir dengan murid Lelaki.Aku apa lagi menangislah sambil mengaji.Berjujuran air mata membasahi Surah Al-Quran.Dalam Hati kenapa ni aku datang dulu orang lain pula yang balik awal.Yang tak tahan tu sampai tersedu-sedu menangis Baru Along Dollah akan mengajarku tapi dah terlambat sbb macam mana nak ajar aku dah teresak-esak...aku masih ingat katanya "Aii tak Ribut tak taufan tiba-tiba banjir dah tu esok sambung" kata Ustaz sambil ketawa.Aku pula tersedu-sedu mengemas barang dan Pulang.Hari dah Malam aku ingatkan aku Balik seorang.Kemudian Ustaz cakap Faisal tunggu kat Luar heheee...

Banyak kenangan semasa aku mengaji tapi cukuplah ini sahaja aku coretkan....Tapi bab Nyakat mmg aku yang selalu kena.....Ustaz suka tengok aku nangis teresak-esak bila ingat balik Malu pun ada heehee


Ustaz tak Kahwin hinggalah sampai dia menghembuskan Nafas terakhir.Alfatiha Buat Ustaz moga Rohnyer dicucuri rahmat Amin .

No comments:

Post a Comment