Sunday 13 March 2011

CuTi SekOlaH

Bila Cuti sekolah aku teringat zaman kanak2ku.Biasanya Ibu dan aBahku akan menghantar aku dan kakak balik ke Kampung!!Kuala Pilah .Ibuku berasal dari Kuala Selangor dan Abahku Berasal dari Negeri Sembilan.
Aku dan kakak memang seronok kalau balik kampung lagipun waktu tu aku dan kakakku sahaja cucu di Kampung.Apalagi menjadi kesayangan buat Nenek dan Atukku.
Kampung mmg jauh kedalam dan jarak dari rumah ke rumah agak jauh.Rumah nenekku berhadapan dgn Sawah padi dan Bukit Bukau.Tapi yang paling seronok sbb ada Sungai,tali air dan kebun Buah-buahan.Kalau musim Buah emm macam2 ada .... Durian,manggis,langsat,mata kucing dan macam2.Atukku mmg rajin bukan pokok Buah yang ditanam tapi berbagai jenis sayuran pun ada...kalau nak makan timun petik ajer...Paling best masa petik kacang panjang dan Tarik pokok kacang.....Kat kampunglah aku mengenal berbagai jenis pokok dan sayur-sayuran...Bendi ,terung petik ajer kalau nak masak....
Waktu mandi Paling best biasa aku ,akak, Makcik dan Pakcik akan mandi kat sungai...Kalau mandi kat sungai paham-paham ajerlah tak ingat nak naikkk...Bila dengar suara nenek suruh naik baru kami naik kalau tak sampai kecut jari2 hehee...lepas mandi kami akan mengutip siput dibawah celahan keladi dan mengambil pucuk paku...Pernah terserempak dgn Ular air eeee seram....
Waktu petang selalu pergi kesawah padi berlari-lari sambil menangkap pepatung atau rama-rama....
Kalau musim hujan emm yang ditunggu adalah cendawan.memang betul kata perpatah Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan...Memang bykkk ....
Masa dulu kalau masak biasa nenekku memasak dgn Kayu tak ada dapur gas..Tapi kalau masak guna kayu memang Best...rasa masakan tu lain dari masak dgn menggunakan dapur gas....nenek kalau masak memang sedapp terbaikk....



Semua tu kenangan masa kecilku dikampung.Dan anakku tidak merasai suasana itu sepertiku.....Suasana Kampung mmg aman dan suasana segar....

Friday 11 March 2011

Teman Tak Kojer .....Hurayyyy!!!!

Minggu Ni Teman tak kojer... Teman cakap Perak ler Pulak Hehe...Sebenarnya Teman bukan pandai pun cakap Perak hehee......Hari ni banyaklah activiti Teman kat umah.Pagi-pagi lagi Aqil dah gi Tuisyen ...Hari ni Teman kena operasi Umah luar dan dalam hehee....Karang suami Teman bangun gi Pasar le....hari ni Teman nak masak nasi ayam kegemaran anak lelaki teman...Tentu mika suka bebenor ......
Bagi Teman biar anak teman Happy udahler...

Thursday 10 March 2011

Man Raja Lawak

Aku mmg peminat Man Raja Lawak musim ke lima ni...Harap Esok Man tak terkeluarlah....Lawak dia spontan ajer....Hehe Masuk juga Man ker Finale....R2 & Balas....Finale tak tahulah siapa Jadi Juara Raja Lawak Musim Ke Lima...Kena Nantikanlah .....





Uwahhh22 nak kata berita gembira tak juga. Bos aku kata Retailer !!! macam Bagi Green Light untuk continue contract apapun tunggu next week. Tapi sejak kes Tut.........?? di dada akhbar ari tu diorang berhati2 dan bagi syarat ... Hari tu dah buat back data hampir 50 Ribu hampir siap...Kalau jadi 30 Ribu lagi masuk ..MMg tak larat nak Layan dengan data diorang yang tak complete dan confius which category nak Letak maklumlah barang import semua ....Bila fikir kerja aku ni macam nak selesaikan soalan exam !!! ... Bukan retailer ni ajer nak gentel retailer weekly yang lain pun kena buat at the same time.....Email berpusu-pusu nak settlekan Query,error dan macam2...Ni dah mula masuk 3 new Category pengsan rasa tak cukup tangan nak arrage kerja....Kena study pulak bab category baru ni aduii aii dah tua2 ni otak pun dah berkarat...Janganlah ada exam online macam last year Teman tak Nakkkkkkkkkkkkk....tak sanggup.....

Hope minggu ni Sabtu tak kerjalah nak rehatttt.....aduhh penattt....Thanks Juga Pada Team aku yang bekerja Keras sanggup berkorban Masa dan tenaga.....Bagi aku Rumahtangga dan Kerja sama2 penting...Kalau kita pandai membahagikan masa itu semua bukan penghalang bagi kita......Jangan sesekali menjatuhkan semangat pada teman2....Aku pun manusia biasa yang ada perasaan.....

Pada suami ku terima kasih aku ucapkan kerana banyak membantu menguruskan rumah tangga selama aku bekerja setiap minggu.... pada suami dan anak-anakku terima kasih kerana memahami tugas Ibu.....

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya



Hidup seperti LILIN menerangi orang lain
jangan hidup seperti duri menyakiti hati orang

"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik.

Seharusnya kita sebagai manusia akan sentiasa mengharungi cabaran & dugaan.
Tapi kita juga akan dikurniakan kenikmatan sekiranya kita Sabar & Bertahan!!
Seharusnya kita sentiasa berusaha ke arah kebaikan & sentiasa mendoakan
kejayaan sesama insan.

Monday 7 March 2011

Awal Tahun Yang Busy

Awal tahun Ni adalah Tahun yang Paling Busy Untuk Team aku .... Emm Sejak Jusco Ni masuk tak putus2 aku bekerja Non Stop.Minggu Ni ajer seminggu aku bekerja tanpa cuti. Penatnyer hanya Allah yang tahu tapi demi tugas terpaksa aku korbankan.Harap2 untuk data yang seterusnya Jusco Tak sambung contract penat Nak layan maklumlah itemnyer banyak yang import from Japan.....Data Yang seterusnyer bergantung pada Client hope tak continuelah !!!!






Petang Tadi information dari Bos pasal Bonus tahun ni semua dapat tapi kurang dari last Year tapi aku tetap bersyukur....Husband aku pun tak terkecuali ..... Sikit atau banyak tu semua rezeki dari Allah S.W.T.

Thursday 3 March 2011

MeNgaji

Semasa Sekolah Rendah aku belajar mengaji dirumah Ustaz yang Mesra di panggil Along Dollah. Biasa waktu petang aku kakak,Nizam Dan Faisal akan pergi bersama-sama.Memandangkan Kami tinggal berdekatan.


Di tempat mengaji aku dikira murid kesayangan Ustaz heehee tak tahu kenapa? Tapi Along Dollah suka menyakat aku.Seperti biasa ramai anak murid yer akan mengaji bersama-sama dibarisan Kiri murid Perempuan dan di sebelah kanan Murid Lelaki.Kami akan mengikut giliran siapa dulu sampai dialah akan duduk didepan.


Nak dijadikan cerita tiba giliran aku mengaji.Dengan penuh perasaan aku pun mengajilah.Berulang-ulang surah yang sama ku baca tapi Along Dollah tidak menghiraukan aku.Dia pula memanggil Murid lain yang duduk dibelakangku bergilir-gilir dengan murid Lelaki.Aku apa lagi menangislah sambil mengaji.Berjujuran air mata membasahi Surah Al-Quran.Dalam Hati kenapa ni aku datang dulu orang lain pula yang balik awal.Yang tak tahan tu sampai tersedu-sedu menangis Baru Along Dollah akan mengajarku tapi dah terlambat sbb macam mana nak ajar aku dah teresak-esak...aku masih ingat katanya "Aii tak Ribut tak taufan tiba-tiba banjir dah tu esok sambung" kata Ustaz sambil ketawa.Aku pula tersedu-sedu mengemas barang dan Pulang.Hari dah Malam aku ingatkan aku Balik seorang.Kemudian Ustaz cakap Faisal tunggu kat Luar heheee...

Banyak kenangan semasa aku mengaji tapi cukuplah ini sahaja aku coretkan....Tapi bab Nyakat mmg aku yang selalu kena.....Ustaz suka tengok aku nangis teresak-esak bila ingat balik Malu pun ada heehee


Ustaz tak Kahwin hinggalah sampai dia menghembuskan Nafas terakhir.Alfatiha Buat Ustaz moga Rohnyer dicucuri rahmat Amin .